STALKER ","

Web Site Counter

since;18 Oct 2010

09 Disember 2011

My Holiday?

Assalamualaikum semua. Please jawab.Kalau anda jawab anda sayang saya.Hehe. K nampak kan tajuk entry saya pada hari ni? yeah my Holiday. ce teka saya bercuti di mane? siapa betul saya bagi 10sen.Haha. Kstop joking around wahai Anis. Okay untuk cuti sekolah kali ini saya bercuti di Kuala Lumpur. Dekat dengan area rumah saya iatu di Klang. satu jam je dah sampai KL. 
Nak tahu saya menginap di mana? ianya betulbetul tengahtengah bandaraya.Ehh yeke? Main agak je.Hehe. Okay saya menginap di Melia Hotel Kuala Lumpur. Hotel ni memang berhadapan dengan Times Square. Korang mesti tahu kan Times Square ni? kalau korang tak tahu memang kuno la korang.Haha. Belakang hotel ni ada Low Yat Plaza,Bintang Walk, Sungei Wang Plaza. memang manyak la tempat nak shopping. Kami bercuti dari 7 hingga 9 Disember :)
 Hari Pertama
 Bertolak dari rumah pukul 11 pagi macam tuh. sampai je sana terus check in hotel. masuk bilik tidur sekejap solat apa semua. lepas zohor keluar time. pergi Low Yat Plaza. korang tahu apa yang ada kat sana. macammacam Gadjet ada kat sana. Aku dengan adik aku jeling je tengok my parents beli barang. Orang bergaji senang la cakap kan. Nak je terus beli. Finally nak tahu apa yang my parents beli? try tengok gambar bawah ni.
Amek kau sekali 3 barang. Korang jangan jeless. Well aku hanya tumpang main je la.Hehehe. Malam tuh pulak Karaoke time! syokk gilaaa! First song aku nyanyi was Cinta Muka Buku by Najwa Latiff. tak sangka doe suara aku sedap macam Najwa Latiff.Hehehe. Lepas puas karaoke time untuk dinner pulak. tup tup banyak kedai sudah tutup. so kiteorang cadang makan dalam bilik je la. 
semua muka feeling habis termasuk aku sekali orang yang pakai shawl putih tuh.Haha *tutup muka*
Hari Kedua
 Okay pukul 10 lebih macam tuh pergi Times Square. Terus naik ke tempat pawagam because nak booked ticket. kat tempat wayang tuh lagi aku dah dengar suara orang menjerit naik roaller coaster. I was like excited gila. then sekali bila tengok roaller coasternya takot aku dibuatnyaa. Seramm~ Then aku ajak my parents masuk but my parents taknak sebab dorang takot. so dorang suruh aku and adik aku je yang masuk. masa tuh memang excited gila la kan. kononnya semua benda nak naik. sekali 3 benda je aku naik. sebab ada satu permainan nie yang buat aku mual and nak muntah. terus tak jadi nak naik yang lain. sumpah aku cakap banyak game dalam tuh mencabar. Rasa membazir je aku masuk. it's okey asalkan dapat pengalaman.Hehe.
game kat belakang tuh la buat aku mual. Mencik betul. *muka tahan muntah time captured gambar ni*
Petang tuh pulak tengok wayang. Puss In Boots bebeh! okay kucing itu sangat comel. and aku rindu sama abang jual popcorn itu.Haha *gatal*. Malam itu pulak nak cari makan. Lepas makan nak jalanjalan. Memandangkan hotel kiteorang nie dekat dengan Bintang Walk. so kiteorang jalan la area situh. Ya Allah, memang ramai gila orang kat situh. First time kot aku jalan kat Bintang Walk. 
Lepas puas berjalan, kiteorang bercadang nak naik Monorail pulak. yela Hotel kiteorang dekat dengan Monorail. So naik monorail tuh ulang alek la. means stop dekat satu kawasan then patah balek ke hotel kiteorang.Haha. Yela nak naik sangat monorail. Kiteorang amek dari IMBI(berhampiran dengan hotel kiteorang) sampai Chow Kit. Bila sampai Chow Kit amek gambar kejap then beli ticket untuk patah balek.Hahaha.Tapi serius memang best naik Monorail :) 
  Hari Terakhir
 Pukul 10 lebey kiteorang dah check out dari hotel. and tak tahu kenapa badan aku jadi sakitsakit bila bangun pagi tadi. Satu badan tahu tak. So,The end of my Holiday story :D 
Okay sampai di sini sahaja story saya pada hari ni. Sebelum itu saya ingin mengucapkan thank you for eveything to my mom and dad *kalau dorang baca blog aku* because merancang percutian yang terbaik buat aku and adik aku. Sayang mama and baba sangatsangat ♥. Okay see you all next time. Assalamualaikum :D
p/s:Teringin nak meet kawankawan Twitter and Facebook :(
Anis Sofea Ishak.

terima kasih kerana sudi membaca (:

Tiada ulasan:

Catat Ulasan